Monday 22 August 2011

rayer datang lagi !


crystal ball have done today ;)
wahh,xcited wat kuet raye td sambil dgr lgu raye ,masyukkk ooo;p xcited lak nk rye . .xlme lg je da nak raye kan pejam celik, pejam celik lagi 7hari je kan kita nak raya . . erm so persiapan rayer korg camner da buat ker. . aku erm,semua secara sederhana jep ;)


p/s; xsaba nk balik kg ;)
      balik kampung oiii balik kampung,oii balik kampung hati girang ♪♫

Tuesday 19 July 2011

bestnyer !


assalamualaikum sume ;D

* blushing lak nak cete. .haha! tapi tape la cete je la kan . erm,ny nak cete ni ade ker ptot semalam aku boleh lak termimpi aku kawen, siap pakai gaun2 lg ala-ala cam cinderella gitu atau ala-ala gaun cam gambar kt ats.. . alaaaa,chomeiiinyer time tu kan  rase cam xnak bangun. . . haha,giler! puji diri sendiri jap ;p. . tapi masalahnya siapakah gerangan pengantin lelakinya,xnmpak ,kabur-kabur gitu. .adakah macam lee minho,jang geuk suk,ataupun macam fizow omar??. .cehh, test kemain lagi,ishh. .haha ! abaikan . .sebelum aku melalut lg banyak sampai cni je la yer kawan2. .oke,see u soon in next entry ;D

bubyeeeee !

(p/s- kan best kalo btol2. . lg best kalo kawen ngn lee minho;p. .haha ! )

*berangan jap sebelum tydo,lala !

Tuesday 28 June 2011

seriously oke!

“Yes. That is my final answe”

Read more about How Do You Tell Your Boss You're Quitting? | Naked With Socks On on:
http://nwso.net/2010/11/22/i-quit/?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&
“Yes. That is my final answe”

Read more about How Do You Tell Your Boss You're Quitting? | Naked With Socks On on:
http://nwso.net/2010/11/22/i-quit/?utm_source=INK&utm_medium=copy&utm_campaign=share&yess
yess!

oke,my "DEAR BOS"
dgn ini saya seriously mau resign!! 
why??
nk tau knape??
go and ask ur 'gile kuasa staff '
die kn BOS BESAR!!
saya da x tahan lagi . .
 so the conclusion is i want to resign,PLEASE LET ME GO!!
that my final answer,dont ask me anymore . .
babai my dear bos!!
THANK YOU!!
                                                                                    


                                                                                            
                                                                                        your cheesily,
                                                                                         AYNN




(p/s: saper2 yg ade keje kosong tuh shared2 la yer ngn saye;p)




Friday 24 June 2011

 hyee2 peep ;D
 

'' Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja ''

erm,mungkin korg tertanya-tanya ape ke benda kat atas tuh ape an, sajak ker puisi ker ape ker kan . .haha!!ni sebenarnya ni lirik lagu la. .hee~ erm,mungkin ade yang tak tau kan,tape-tape aku bagi tau yer . .ni sebenarnya lagu balada baru stacy,kisah dongeng tajuk die . .erm,sebenarnya aku malu nk cete kat cini kan,tapi tape bak kata orang sharing is caring kan,chewahh;p. .haha!!sebenarnya da banyak kali da aku dengar lagu ni,tapi setiap kali aku dengar aku mesti nanges,aku pun xtau nape,maybe sbb lirik die yang betul2 mendalam kot ,ntahla . . wakakakaa. .(*malunya,kantoi suda,haha!)


jom2 layan video klip terbaru kisah dongeng by stacy . .this best bro . .
haha!! 

(p/s; cengeng sebenarnya tapi tamo mengaku,haha;p)



Thursday 9 June 2011

salah ker ??

erm,sebenarnya da lame aku nak bukak topik ni . .tapi tertangguh-tangguh dengan urusan keje nye. . mungkin topik ni agak sensitif dan perlu menjaga hati ramai pihak.so aku harap korang tak tersinggung dengan apa yang ditulis. . sebenarnya aku saje je nak tau pendapat korang sebab sekarang ni hati aku berbunga-bunga cinta ngan dengan sorang mamat non muslim yang berketurunan cantonese yang dikenali dgn nama Mr.L. . .hehe;p. .erm,mungkin kerana dilahirkan dari golongan majoriti orang melayu,mungkin itulah salah satu sebab pilihan hati orang melayu yang menjadi pilihannya. .aku sangat senang berkawannya dengan dengan sikap rendah dirinya dan sikap ingin tahu tentang islam menyebabkan aku terpikat dengannya..dengan ilmu agama yang boleh dikatakan bolehlah,terpaksalah aku menjadi 'ustazah yang tak bertauliah' padanya meneranngkan serba sedikit pasal agama yang aku tau . . die bersungguh berminat untuk mengetahuinnya . .sebenarnya kami satu tempat keje ,so dari situ la bermulanya bibit-bibit cinta,chewahhhh jiwang pulak;p . .mungkin ramai yang akan bercakap dibelakang dan mungkin akan ada perpepsi orang sekeliling yang akan mengatakan perkataan yang sama seperti "da xde lelaki melayu lagi ke kat dunia ni,tu jugak yg ko pilih",erm,sebenarnya,aku  sudah lali dengar dengan perkataan tu ,tapi apa aku kesah. .tapi Banyak juga kelebihannya jikalau berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama nih.Antaranya dapat kenal orang yang lebih jauh dan berbilang kaum dan juga dapat belajar tentang budaya dan cara hidup mereka.Selain tu,dapat anak yang comel dan cerdik plak tuh.Hello..hello..tak nak ke?Alamak..terlebih sudah..;P. . hahahah!!jangan marah nanti kene jual;p erm,kalau ade jodoh xkemana kan..andai ditakdirkan aku bertemu jodoh dengan seseorang yang berlainan agama  aku akan terima dengan hati terbuka dan insyallah aku akan berusaha mematangkan diri sendiri untuk membuat sesuatu keputusan,aminnn!!.walaupun Aku bukanlah seorang perempuan Islam yang sempurna mengenai islam tetapi itu juga bukan alasan untuk aku menolak kehadiran insan yang berlainan agama dalam hidupku .Dalam kita mengajar dan membimbing insan yang berlainan agama,secara tidak langsung kita juga akan belajar sesuatu yang baru.Bukankah itu lebih baik dan manis dan mungkin Ramai juga yang beranggapan,bila berkahwin berlainan agama ni, mesti berakhir dengan perceraian.Kenapa perlu membuat andaian sebelum kita betul-betul mencuba?Lumrah hidup,kita tidak pernah dapat mengagak apa yang akan berlaku sepanjang dalam tempoh perkahwinan kita.Tetapi yakin dengan apa yang kita mahu dalam hidup,itu lebih bermakna.Yang penting perlulah tawakal dan redha dengan apa yang bakal berlaku.Jikalau dengan takdirNya aku bertemu dengan jejaka berlainan agama,harapan aku biarlah kali ini aku diberikan oleh Allah s.w.t kekuatan,keyakinan, keberanian dan juga kemampuan yang lebih berbanding di zaman kanak-kanak ribena dahulu. erm,walaupun aku bukan pakar motivasi tapi aku tetap nak bagi nasihat kat korang yang sedang berjinak-jinak bercinta dengan berlainan agama ni sesungguhya bercinta dengan berlainan agama ni mermelukan kesabaran,kekuatan dari segi mental dan fizikal  dan juga keyakinan pada diri sendirii..banyak halangan dan dugaan yang perlu diteruskan ..so,aku harap semua cabaran dan halangan akan dapat ditempuhi kelak,Aminnnn . .Insyallah . . erm,oke la sampai sini sajalah entry kali ni ,kita jumpa lagi ky,bubye=)

Saturday 4 June 2011

tips kulit cantik



assalamualaikum & selamat sejahtera peep

erm,entry kali ni saya nak share ckit cara-cara penjagaan kulit bagi wanita mahupun lelaki di luar sana. erm, Seperti yang anda tahu kehidupan seharian kita yang sibuk membuatkan anda tidak ada masa untuk menjaga kulit anda dan  ini boleh mengundang bahaya kepada anda seperti kulit kusam,jerawat dan sebagainya . so,  untuk mengelakkan  terjadinya perkara tersebut anda perlulah meluangkan sedikit dari masa anda untuk kebaikan pada masa hadapan. Untuk penjagaan kulit kita kena lah mulakan rutin kecantikan kita hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan di bawah seperti berikut;-
  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
Diharapkan tip-tips ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.
so ,see next time di lain entry oke=)
bubyee~

Sunday 29 May 2011

jom kenali lelaki!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sesuatu hubungan tu boleh menjadi mengelirukan kita apabila kadang kala  seorang lelaki dan perempuan itu berbeza. Wanna make your relationship works? Ni amek beberapa fakta tentang lelaki yang wajib kita perlu tahu sebagai seorang perempuan=)

  1.  lelaki mudah cair ketika gadis menyentuh tangan mereka . 
  2. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas. 
  3. Lelaki juga benci apabila kekasih di ngurat oleh lelaki lain. 
  4. Seorang lelaki juga boleh suka anda dalam masa seminit sahaja, tetapi sukar untuk melupakan anda apabila  anda berpisah dengannya.  
  5. Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan dia daripada gagap.
  7. Mungkin lelaki mengurat pada sepanjang hari tapi sebelum mereka tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayangi.
  8.  Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  9. Lelaki akan mudah cair bila melihat senyuman gadis.
  10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut.
  11.  Lelaki amat benci apabila anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.  
  12. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka pergi. 
  13. Lelaki juga boleh menangis!
  14. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun. 
  15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap pada sesuatu.
  16. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini  membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk anda kembali.  
  18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan  membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan selama ini. 
  19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta dan suka.( malu2 gitu;p)  
  20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukainya. 
  21. anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas. 
  22. Lelaki benci gay!
  23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
  24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu menyukainya.
  26. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia akan benar-benar menunaikan kata-katanya begitu. 
  27. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan. (p/s; spe kate pompuan kaki gosip,lelaki pon same tau;p )  
  28. Perempuan adalah kelemahan bagi lelaki.
  29. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka. 
  30. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan  biarkan mereka menunggu.
  31. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana. 
  32. Kawan baik anda, dijadikan sebagai rujukan kepada teman lelaki anda tentang masalah yang berlaku kepada anda dan hati-hati, ia mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada teman karib anda sendiri.  
  33. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalahnya , dia hanya perlukan seseorang untuk  mendengarnya sahaja. 
  34. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda  anda.
  35. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  36. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh  perempuan.
  37. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup. 
  38. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia akan benar-benar maksudkannya.
  39. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan   pergi dan dengar saya"  
  40. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.  
  41. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.  
  42. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting bagi mereka!
  43. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah. 
  44. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama mereka, dan kemudian mereka menyedari pada akhirnya bahawa tanggapan mereka salah.  
  45. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan. 
  46. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki. 
  47. Seorang lelaki dapat mengetahui apabila gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu berkata kepadanya. 
  48. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang suka terhadap novel,shopping dan make-up.  
  49. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek.mereka Amat-amat menyukainya.   
  50. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! dan  Seorang lelaki juga mempunyai masalah lebih banyak daripada yang anda lihat dengan mata anda.

  erm . ni la antara tips2 mengenai lelaki yang wajib kita tau sebagai se orang wanita.marilah kita sama-sama mengenali mereka dengan lebih dekat, so renung-renungkan dan selamat beramal semua =)



Sunday 22 May 2011

takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di hulu langat


Assalamualaikum . .
 hyee guyz  !!erm,sedih rase nak cerita entry kali ni ;( baru-baru ni kita baru sahaja dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang semalam. Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di hulu langat selangor telah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada petang semalam.Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang,semua penghuni rumah anak yatim ini berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis iaitu majlis untuk menyambut warga Finas yang dijadual padal 5 petang semalam. Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah dan sebuah surau turut termusnah.7 daripada 16 mayat telah selamat dikebumikan pada petang tadi dalam satu liang lahad . mayat yang lain telah diserahkan kepada keluarga masing2 untuk urusan pengkebumian. takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat semalam. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi-NYA aminnn . . .
 AL- FATIHAH;(

Thursday 12 May 2011

ketakutan!!

Assalamualaikum peep =)
erm,isu baling baling asid ny semakin berleluasa lak sekarang ny . .takot lak rse nk keluar umah . .semakin menjadi2 kes ny . .Sepanjang bulan Mac 2011 ni  jep lebih kurang  14 orang di sekitar Kuala Lumpur telah menjadi mangsa simbahan asid secara rambang oleh dua suspek bermotosikal termasuk pasangan pelancong Perancis. untuk anda yang nak keluar rumah anda diwajibkan membawa air dalam botol untuk mengurangkan kesan melecur pada muka dan kulit jika di simbah asid tersebut.erm, aku rase la orang2 yang buat ny mesti psiko ngn pompan ny,entah la macam2 . dunia,dunia,ishh,nauzubillah mizallik. . untuk semua gadis2 dan wanita di luar sana beware  pada penunggang motosikal dan jgn sesekali prcye pada pnunggang motosikal yg xdikenali brdekatan anda...erm,da tak selamat da malaysia skunk  .. 

p/s -  takot, pkai suit bomba + elmet bila kuar umah;p
(aku lau dapat orang yang buat ny mmg aq rendam die dlm tong asid,ishh geramnye aku,arghhh!!)



Tuesday 10 May 2011

maaf dari hati;((

Daily dose of pictures and quotes

Cinta kita yang dulu masih segar dalam ingatanku namun itu semua hanyalah sementara hingga Aku terlena dikala aku merindui dan menatap gambarmu. Memori cinta kita yang selama kita bina bersama takkan aku  lupakan buat selama-lamanya.. tapi mungkin tiada jodoh antara kita lagi, Maafkan aku kerana aku tak telus mencintaimu,aku menduakan cinta hati suci murni mu itu.andainya suatu hari  aku bisa kembali kepadamu,kan aku setia untukmu  buat selamanya tp arghh,xmungkin terjadi!!maafkanku kerana telah putuskan untuk  mengakhiri cinta kita meskipun berat untuk aku melepaskanmu dari hidupaku. mungkin inilah jalan terbaik untuk dirimu dan juga untuk diriku sebelum tergores luka di jantung hati dirimu dan diriku. perpisahan yang tak diduga telah terjadi buatku, mungkin sudah tertulis dalam tangan takdir ini buat kita,aku terima perpisahan ini dengan rela hati. .hanya lagu yang menjadi ingatan dan kenangan buatku terhadapmu.kehilanganmu amat terasa buatku,seandainya masa berlalu semula inginku memilikumu.ku doakan dari jauh semoga kau bahagia . .

p/s ;- mood sedih + bingung+ jiwang +tension++++
(jgn mrh arr mood jiwang ckit mlm ny,hee~)

Sunday 8 May 2011

clebrate mother day + mom bufday !!

Assalamualaikum =)
hye2 peep . kite bertemu kembali . .erm,ny la kek buatan tangan aynn & adik2 setelah bertungkus lumus meporak porandakan sekali lagi dapur ibu. .. haha!! nseb bek ibu tade lau x kantoiii,ishhh. . . .rase cam nk simpan wat hiasan lam almari,bab lawa sangat. . hahaha, mengong ;p!!ibu, epy bufday & epy mother day ibu,we luv u soooooooooooooooooooooooooo much!!! Terima Kasih Yang Tak Terkira Sebab Menjaga aynn Dari Kecik Sampai Lah Ke Besar Dan Memberi Kasih Sayang. I Love You sooooooooooooo much Mom ! ! to all mom,umi,mama,mummy,mak,amma, ibu2 in this world ,trima kasih ats jasa dan pengOrbanan kalian semua♥ 
oke,bye dude sampai cni jep cite kite kali ky,oryte see u next tyme =)





Thursday 5 May 2011

penat tp seronok=)

Assalamualaikum =)
hyee peep,kte bertemu kembali di dlm "belog" saya yang 'sangat cantik' tetapi usang ini;p . .chewahh,tibe2 ayat skema lak kan . .haha!!whtever la. . erm, anyway bru pas meporanporak porandakan a.k.a menghancurkan dapur ibuku,penat pon tak habis lagi tau. .haha!!setelah bertungkus lumus di dapur akhirnya siap juga cuppy cake for someone,haa nk tau spe mne lh kasi tau x suprise u;p . .lalala . .setelah bertungkus lumus berperang didapur memerah keringat,opsss!!sory2,xdela ish,hahaha;p . .  ny la hasilnya yg jadi . . lalalaa . .






oke la, sampai sini jela yer. .seen u soon daaa=)

Monday 18 April 2011

having fun wit them=)

Assalamualaikum =)
hyee peep =) . .haa,bru hari ny dapat lihat blogku,setelah lme x on9,bz dgn kje . yeah, last week,walaupun cume ade waktu yg singkat bersama mereka tp ia merupakan sememangnya byk kenangan indah bagiku setelah lme xberjumpa mereka..hehe ..TERIMA KASIH byk2 kepada ct jaja, yatt tomeii,gia nazihah, dan len2 kerana sudi meluangkan masa bersama2 aq =) . .sebenarnye xrncang pon nk g bercuti,ny pon last minute nye rncngan .. mule2 nk g ante final rpot jep pastu merebak berjalan hahaha. . lme xjmpe kn,
so paham2 la. . hahaa. .erm,sebelum aq lbih merepek,korg tgok la antara gmbr2 yg sempat diambil bersama2 mereka. . haha;p . aq pon xtau nk merepek ape lg ;p







 gaya sultan katanya . .haha!!



antara pose 'wonder gurl m'sia'. .
wakakakaka;p

   bersama jaja yg tomeiii=)


ny la antara gmbr yg sempat diambil  dengan besi burukku.hahaha!!
aq harap korg xserik lg kuar ngn aq . .hahah! !nnt ble2 free kte kuar lg yer=)
seronok sgt duk sna,smpai rse xmo blik kn gia nazihah ;p
oke la beb, mata da ngatok da ny, da nmpk lappy 10 da ny . . hahaha!!
nnt ble2 free smbung lg yer ngn entry yg len ;)
orytee ,daa beb =) 

Sunday 10 April 2011

happy!!!



waa,lmenye sy xupdate blog saye,rsenyer berminggu2 jugak lah x update sampai bersawang2 da blog saya . .hahaha;p . .ngee2 . .bukan pe xde mase nk update cume  bz ngan buat final tesis/final repot ny haa . setelah2 berbulan2 aq buat benda alah ny akhir nye siap jugak repot ny,sampai da berpino2 mate den da mengadap lappy ni haa, sampai nmpk 10 da lappy . . hahaha!!!. .yeah2=),ni lah la masa yg aku tunggu ,bagaikan satu mimpi  buat aku setelah lme yg aku inginkan akhirya semuanya telaksana dengan sempurna,akhirnya siap jugak tesis aq ny,yeah2 =) 
(mood; senyum sampai telinge)
hahahaaaa!!!!

haa, ny la hasil setelah bertungkus lumus berbulan2 menbuat nya,akhirnya siap jugak dgn hard binding skalik .ishhh .. setelah puas berpusing2 mencari 1 lumut buat hard binding ny,akhirnya jumpa jgk kdai yg buat benda alah  ny ..dkt 100 hengget lebih gk r melayang duit aq buat bende alah ny . .hahaha!! tp tape lh janji setel semuanya kn =)
oke peep=), nnt ade masa aq post new entry g ea. . 
bubye dude . .see u next tyme =)


Friday 25 March 2011

“No One’s Perfect”


ermm . .
hye there=)
2day saya post another posting lg . .
ermm,xtau nak cete cmner ( mood ngh down giler ny  ) 
ermm, setiap orang kat dunia dikurniakan oleh tuhan keistimewaan dan kekurangan dalam diri..cuma kita shj yg dapat menafsirkannya dan menterjemahkannya….kadang2 org akan membiarkannya,. kadang2 juga orang org akan mengambil kesempatan ke atasnya..erm,mmg senang utk  kita memperkatakan tentang kelemahan dan keaiban seseorang itu kerana bukan diri kita yang mengalaminya sendiri, .tapi ,cuba kalau diri sendiri kita yang ada kelemahan tersebut,mungkin anda pon akan merasa seperti tersebut . . bercakap mmg kita pndai tanpa kita  menghiraukan peraasaan orang sekeliling kita.  .xkira lah apa carapun,tp xyah la smpi mempertikai atau menghina kejadian Tuhan. baik yg laki2 atau pompuan yg jenis ngumpat2 ny . . ermm,cermin2 la diri sendiri,xyah dok jahat molut. watpe mengaib atau menjaja kekurangan org jep wat tambah dosa jep .  .yes, saya akui mmg saya TERASA HATI ngan anda . .memang aku  berbulu  + marah jep bila mendengar cacian dan hinaan anda  kepada ketidaksempurnaanku . .tapi aku harus kuat dan senyum menghadapinnya walaupun batin terasa tersiksa menanggungnya . .tapi aku percaya setiap orang ada keistimewaanya ..  cume satu jep aku nk pesan jgn pernah BANGGA dengan kesempurnaan yang anda ada tu, tu cume sementara je kawan-kawan . . dunia ni semetara jep . . .

p/s: tok..tok..tok jari kat keybord terketok2 pokpek.
.pokpek  pokpek merapek da aku ni mcm puaka niang rapek
[ mood : NOT IN GOOD MOOD;(  ]

Wednesday 23 March 2011

Break or not??


ermm,apa ptot aq lakukan ea??just let him go or what??someone ,plese tell me wht should i do . .
bingung gle da ny .  x tau nk wtpe skunk?? i still love him but . .knapa awk diam jep,sy ade wt slh ker awk??
ermm;( mau nangis !! knapa lh stiap prcintaan mesti ade yg terluka??knpa lh x bhagia 4 ever n ever;( but i still love him so much . .aq xmau khilangan die buat kali kedua . .ya Allah apa yg aq lakukan??berikan ku kekuatan menempuh sume ini ya Allah . .aq harap aq blh mgatasi msalah ny ,AMIN,tlg doakan aq yer;)

Tuesday 22 March 2011

kau tipu tipu aku lagi!!


wahh,sgt seronok ble aq tgok ko nyer permainan . blah r wey . .ko igt aq 'KESAH'  . tlong r wey . .lelaki sumer samer . .dasar buaya darat .. dpn punyer la baik pijak semut pon x mati ..tp blkg nauzubillah tuhan jep yg tahu ..xpayah r nk tpu2 aq dunia ni kecik jep,x aq yg  nmpak orang len pon lh nmpk r . .DASAR PENIPU BESAR ..ko igt aq xtau ko tpu aq, sory r wey i not tht stupid okeyy . .  .tape2 ko tipu la aq wey, aq doakan semoga satu hari nnt ko pulak yg kne tpu . .doa org teraniya akan sentiasa termakbul r  wey . .damn,shittt!!!

Monday 21 March 2011

saya tetap sayang awak!!


awak . .
sejak saya  mengenali awak . .
wajah awak selalu dimata saya . .
saya berikan sepenuh hati saya kepada awak
tapiiiii  . .
awak pergi  meninggalkan saya;(

awak . .
hari ini saya teringat kmbali memori indah kita bsama dulu
awak ingat lagi tak ??
waktu kita mula-mula jumpa . .
saya malu-malu tengok muka awak ..
tapi awak senyum2 je . .
saya suka tengok awak senyum,sangat comel
awak bawak saya pusing2 satu ipoh
kite pergi taman,tengok wayang . .
lepas tu awak hantar saya  pergi stesen bas . .
saya kne balik awak . .
berat hati saya untuk tinggalkan awak . .
tp saya sangat seronok bersama  awak walaupun sekejap je  .
saya akan selalu rindukan awak. .
saya harap awak pon rindukan saya juga . .

awak . . 

saya sangkakan hubungan kita akan berkekalan selamanya . 
tapiii . .
malam tu,awak lain sangat . 
saya tak tau apa masalah awak. . 
sebelum ni awak tak pernah macam ni . 
awak dah tak mesej dan call saya macam selalu..
saya mesej dan call awak pon awak tak reply . .
tape lah awak saya tak kesah
mungkin awak busy kot

awakk . .
saya rindu nak dengar suara awak . .
saya sayangkan awak
saya harap hubungan kita baik seperti sebelum 
tapii . .
mungkin awak dah tak suka saya 
tape lah awak saya sedar  sape saya
tak layak untuk awak . 

awak . .

awak ingat lagi tak janji-janji awak dulu??
janji awak akan sentiasa bersama saya walau apa pun terjadi
tapiiii awak tipu saya . .
awak tak tetapi janji awak pada saya
awak tipu saya . . 
takpe lah awak .. 
mungkin awak ade sebab kot . .
tape lah awak saya tak kesah . 
sebab saya akan tunggu awak sampai bila2 awak


awak .. 
awak pergi tanpa kata-kata untuk saya
saya sangkanya awak pergi hanya untuk seketika
tapii . . 
rupanya awak meninggal saya untuk selamanya

 awak. .
sebenarnya saya tak ingin melepaskan awak
kerana saya masih ingin bersama dengan awak
saya masih sayangkan awak

awakk . .
saya akan doakan awak awak semoga berbahagia bersama si dia . 
dan ingatlah awak bahawa
saya akan tetap tunggu awak sampai bila-bila
kerana saya tetap sayang awak seorang saja





Sunday 20 March 2011

B.O.S.A.N


hey there =)
i post another posting lg. .
ngee2
bru d mase nk update blog ny,sory guy  ..
hehe
bz ngn final repot . .
erm,sgt bosan ble nk wt repot ny,ishh ;((

yeah,i very2 tnsion right now . . 
someone cn help me=)
ngee2

haa,ble da bosann. . 
ny la hasilnyer . 
kje xsiap . .
bnde yg den wat. .
hahaahha
tp cntik kan ...
wakakak;p
ermm,tp pk2 lik,kne gk wt kalo x,x grad la aqu. . 
uwaaa;(
pnt je stdy 3 taon . .
xdpt pape  . . 


ermm,i have to do the report even are very2 'bored' ;(
so,aq kne kuatkn smgat.. 
chewahh. .  
haha!!
yeahh,CHAYOK2 aynn. .
u can do it =)
hahaha
so guy,sampai cni je la dlu, .. 
nnt ade mse i update lg yer . 
hehe
renung2 kn & selamt beramal.ngeee;)