Thursday 9 June 2011

salah ker ??

erm,sebenarnya da lame aku nak bukak topik ni . .tapi tertangguh-tangguh dengan urusan keje nye. . mungkin topik ni agak sensitif dan perlu menjaga hati ramai pihak.so aku harap korang tak tersinggung dengan apa yang ditulis. . sebenarnya aku saje je nak tau pendapat korang sebab sekarang ni hati aku berbunga-bunga cinta ngan dengan sorang mamat non muslim yang berketurunan cantonese yang dikenali dgn nama Mr.L. . .hehe;p. .erm,mungkin kerana dilahirkan dari golongan majoriti orang melayu,mungkin itulah salah satu sebab pilihan hati orang melayu yang menjadi pilihannya. .aku sangat senang berkawannya dengan dengan sikap rendah dirinya dan sikap ingin tahu tentang islam menyebabkan aku terpikat dengannya..dengan ilmu agama yang boleh dikatakan bolehlah,terpaksalah aku menjadi 'ustazah yang tak bertauliah' padanya meneranngkan serba sedikit pasal agama yang aku tau . . die bersungguh berminat untuk mengetahuinnya . .sebenarnya kami satu tempat keje ,so dari situ la bermulanya bibit-bibit cinta,chewahhhh jiwang pulak;p . .mungkin ramai yang akan bercakap dibelakang dan mungkin akan ada perpepsi orang sekeliling yang akan mengatakan perkataan yang sama seperti "da xde lelaki melayu lagi ke kat dunia ni,tu jugak yg ko pilih",erm,sebenarnya,aku  sudah lali dengar dengan perkataan tu ,tapi apa aku kesah. .tapi Banyak juga kelebihannya jikalau berkahwin dengan seseorang yang berlainan agama nih.Antaranya dapat kenal orang yang lebih jauh dan berbilang kaum dan juga dapat belajar tentang budaya dan cara hidup mereka.Selain tu,dapat anak yang comel dan cerdik plak tuh.Hello..hello..tak nak ke?Alamak..terlebih sudah..;P. . hahahah!!jangan marah nanti kene jual;p erm,kalau ade jodoh xkemana kan..andai ditakdirkan aku bertemu jodoh dengan seseorang yang berlainan agama  aku akan terima dengan hati terbuka dan insyallah aku akan berusaha mematangkan diri sendiri untuk membuat sesuatu keputusan,aminnn!!.walaupun Aku bukanlah seorang perempuan Islam yang sempurna mengenai islam tetapi itu juga bukan alasan untuk aku menolak kehadiran insan yang berlainan agama dalam hidupku .Dalam kita mengajar dan membimbing insan yang berlainan agama,secara tidak langsung kita juga akan belajar sesuatu yang baru.Bukankah itu lebih baik dan manis dan mungkin Ramai juga yang beranggapan,bila berkahwin berlainan agama ni, mesti berakhir dengan perceraian.Kenapa perlu membuat andaian sebelum kita betul-betul mencuba?Lumrah hidup,kita tidak pernah dapat mengagak apa yang akan berlaku sepanjang dalam tempoh perkahwinan kita.Tetapi yakin dengan apa yang kita mahu dalam hidup,itu lebih bermakna.Yang penting perlulah tawakal dan redha dengan apa yang bakal berlaku.Jikalau dengan takdirNya aku bertemu dengan jejaka berlainan agama,harapan aku biarlah kali ini aku diberikan oleh Allah s.w.t kekuatan,keyakinan, keberanian dan juga kemampuan yang lebih berbanding di zaman kanak-kanak ribena dahulu. erm,walaupun aku bukan pakar motivasi tapi aku tetap nak bagi nasihat kat korang yang sedang berjinak-jinak bercinta dengan berlainan agama ni sesungguhya bercinta dengan berlainan agama ni mermelukan kesabaran,kekuatan dari segi mental dan fizikal  dan juga keyakinan pada diri sendirii..banyak halangan dan dugaan yang perlu diteruskan ..so,aku harap semua cabaran dan halangan akan dapat ditempuhi kelak,Aminnnn . .Insyallah . . erm,oke la sampai sini sajalah entry kali ni ,kita jumpa lagi ky,bubye=)

No comments:

Post a Comment