Saturday 4 June 2011

tips kulit cantik



assalamualaikum & selamat sejahtera peep

erm,entry kali ni saya nak share ckit cara-cara penjagaan kulit bagi wanita mahupun lelaki di luar sana. erm, Seperti yang anda tahu kehidupan seharian kita yang sibuk membuatkan anda tidak ada masa untuk menjaga kulit anda dan  ini boleh mengundang bahaya kepada anda seperti kulit kusam,jerawat dan sebagainya . so,  untuk mengelakkan  terjadinya perkara tersebut anda perlulah meluangkan sedikit dari masa anda untuk kebaikan pada masa hadapan. Untuk penjagaan kulit kita kena lah mulakan rutin kecantikan kita hari ini dengan melakukan tip penjagaan kulit cantik seperti yang di nyatakan di bawah seperti berikut;-
  • Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk penjagaan kulit yang benar-benar ingin digunakan setiap hari.
  • Minum 8 gelas air putih setiap hari.
  • Lakukan senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga dapat membantu anda mendapatkan kulit cantik dan sihat berseri.
  • Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.
  • Pakai pelembap wajah setiap hari. Pilih pelembap yang bebas minyak.
  • Elakan kemarahan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.
  • Jangan sentiasa mengenakan selekan. Biar kulit berehat seketika.
  • Jangan terus tidur tanpa menanggalkan mekap terlebih dahulu.
  • Jangan menggunakan sabun atau sebarang produk selain produk penjagan kulit yang sesuai dengan kulit anda.
  • Berhenti pengambilan makanan ringgan kerana ia boleh merosakkan kulit anda.
  • Makanan tambahan seperti vitamin amat penting untuk kesihatan kulit anda. Walaupun begitu, tidak bermakna jika anda tidak mengamalkan makan harian yang berkhasiat.
  • Pastikan anda tidur cukup iaitu 8 jam sehari.
Diharapkan tip-tips ini dapat membantu anda menjaga kulit supaya sihat dan kelihatan cantik.
so ,see next time di lain entry oke=)
bubyee~

No comments:

Post a Comment