Sunday 29 May 2011

jom kenali lelaki!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sesuatu hubungan tu boleh menjadi mengelirukan kita apabila kadang kala  seorang lelaki dan perempuan itu berbeza. Wanna make your relationship works? Ni amek beberapa fakta tentang lelaki yang wajib kita perlu tahu sebagai seorang perempuan=)

  1.  lelaki mudah cair ketika gadis menyentuh tangan mereka . 
  2. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas. 
  3. Lelaki juga benci apabila kekasih di ngurat oleh lelaki lain. 
  4. Seorang lelaki juga boleh suka anda dalam masa seminit sahaja, tetapi sukar untuk melupakan anda apabila  anda berpisah dengannya.  
  5. Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? "adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan dia daripada gagap.
  7. Mungkin lelaki mengurat pada sepanjang hari tapi sebelum mereka tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayangi.
  8.  Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  9. Lelaki akan mudah cair bila melihat senyuman gadis.
  10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis tersebut.
  11.  Lelaki amat benci apabila anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.  
  12. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka pergi. 
  13. Lelaki juga boleh menangis!
  14. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun. 
  15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap pada sesuatu.
  16. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini  membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk anda kembali.  
  18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan  membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan selama ini. 
  19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta dan suka.( malu2 gitu;p)  
  20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukainya. 
  21. anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar inginkan sebelum dia faham itu dengan jelas. 
  22. Lelaki benci gay!
  23. Lelaki sayangkan ibu mereka.
  24. Seorang lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan semata-mata ingin membelikan anda beberapa kuntum bunga ros.
  25. Seorang lelaki sering terfikir tentang gadis yang suka padanya. Tapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu menyukainya.
  26. Jika seorang lelaki mengatakan pada anda dia mencintaimu sekali dalam seumur hidup. Dia akan benar-benar menunaikan kata-katanya begitu. 
  27. Hati-hati. Lelaki mampu menyebarkan gosip keseluruh dunia lebih pantas berbanding perempuan. (p/s; spe kate pompuan kaki gosip,lelaki pon same tau;p )  
  28. Perempuan adalah kelemahan bagi lelaki.
  29. Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka. 
  30. Ada baiknya untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda percaya padanya. Tapi jangan  biarkan mereka menunggu.
  31. Lelaki akan benar-benar mengagumi gadis-gadis yang mereka suka meskipun jika mereka tidak secantik mana. 
  32. Kawan baik anda, dijadikan sebagai rujukan kepada teman lelaki anda tentang masalah yang berlaku kepada anda dan hati-hati, ia mungkin berakhir dengan teman lelaki anda syok pada teman karib anda sendiri.  
  33. Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalahnya , dia hanya perlukan seseorang untuk  mendengarnya sahaja. 
  34. Sebuah tindakan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu menyukaimu adalah ketika dia menggoda  anda.
  35. Seorang lelaki sentiasa ada cara untuk membuat anda tidak rapat dengan lelaki lain.
  36. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh  perempuan.
  37. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup. 
  38. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia akan benar-benar maksudkannya.
  39. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan   pergi dan dengar saya"  
  40. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.  
  41. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.  
  42. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting bagi mereka!
  43. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah. 
  44. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama mereka, dan kemudian mereka menyedari pada akhirnya bahawa tanggapan mereka salah.  
  45. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan. 
  46. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki. 
  47. Seorang lelaki dapat mengetahui apabila gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu berkata kepadanya. 
  48. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang suka terhadap novel,shopping dan make-up.  
  49. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek.mereka Amat-amat menyukainya.   
  50. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! dan  Seorang lelaki juga mempunyai masalah lebih banyak daripada yang anda lihat dengan mata anda.

  erm . ni la antara tips2 mengenai lelaki yang wajib kita tau sebagai se orang wanita.marilah kita sama-sama mengenali mereka dengan lebih dekat, so renung-renungkan dan selamat beramal semua =)



No comments:

Post a Comment