Sunday 22 May 2011

takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh di hulu langat


Assalamualaikum . .
 hyee guyz  !!erm,sedih rase nak cerita entry kali ni ;( baru-baru ni kita baru sahaja dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat petang semalam. Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di hulu langat selangor telah tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada petang semalam.Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang,semua penghuni rumah anak yatim ini berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis iaitu majlis untuk menyambut warga Finas yang dijadual padal 5 petang semalam. Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah dan sebuah surau turut termusnah.7 daripada 16 mayat telah selamat dikebumikan pada petang tadi dalam satu liang lahad . mayat yang lain telah diserahkan kepada keluarga masing2 untuk urusan pengkebumian. takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa tanah runtuh di Hulu Langat semalam. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi-NYA aminnn . . .
 AL- FATIHAH;(

No comments:

Post a Comment